Warisan parti paling banyak menangi kerusi PRN


KOTA KINABALU: Walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan kemenangan dengan majoriti mudah 38 kerusi, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri.

Ini kerana GRS tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai gabungan yang berdaftar.

Mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

Berikutan itu, berdasarkan artikel berkenaan, Warisan adalah parti berdaftar yang memenangi majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 29.

“Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah Parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.

“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.

“Saya melihat bahawa saya juga tidak lupa bahawa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat ini kita akan teruskan dan kita tahu keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil , begitu juga keadaan yang kita lihat di bumi Sabah walaupun kita dapat melihat kerusi-kerusi tetapi parti terbesar ialah Warisan yang memimpin kerajaan,” katanya.

SPR dalam pengumuman keputusan penuh PRN malam ini menyatakan Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) menang 14, Parti Bersatu Sabah (7) dan Bebas tiga kerusi.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *