Wanita bangga kenakan busana etnik Murut hadiri konvokesyen –


Oleh: Nur Faezah Roslan (Pelajar Komunikasi FSSK)

KOTA KINABALU: Seorang wanita memilih mengenakan pakaian tradisi etnik Murut semasa menerima ijazah pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24 yang berlangsung di Dewan Canselor, UMS.

Mira Afattirisia Arim, 25, berbangga mengenakan busana Pinongkoloh dengan tujuan memperkenal dan mempromosi kesenian busana etnik sendiri.

“Saya satu-satunya anak dalam adik-beradik yang dapat menyambung pengajian ke universiti dan bertekad untuk menyakinkan kepada orang kampung bahawa etnik Murut juga boleh berjaya.

“Kebanyakan penduduk di kawasan kampung saya tidak mempuyai minat untuk menyambung pelajaran.

“Saya tekad membawa harapan keluarga yang ingin menyaksikan saya naik ke atas pentas menerima segulung ijazah,” katanya dalam nada sebak.

Mira yang memasang azam memasuki universiti semenjak kecil bertekad akan melanjutkan pengajian di UMS kerana mahu dekat dengan keluarga dan memudahkan ibu bapanya datang ketika konvokesyen.

“Hari ini, impian saya untuk menyarungkan jubah pada ibu saya menjadi kenyataan,” katanya gembira.

Walaupun sudah berkahwin dan menimang seorang cahaya mata, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada suami untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya ingin menceburi bidang pendidikan dengan menyambung pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada bulan Januari tahun depan. 

“Sudah tentu, saya akan mengenakan pakaian ini semula ketika menerima diploma pendidikan (DPLI) bersama ibu bapa dan membawa mereka menaiki kapal terbang serta merasai suasana dan budaya daripada Semenanjung,” katanya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *