UPKO TUARAN SUMBANG 400 PAKEJ MAKANAN


TUARAN: Sebanyak 400 pakej makan disumbangkan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran kepada penduduk terjejas banjir hari ini.

Pegawai
Khas Pusat Khidmat Parlimen Tuaran, Andrew Gideon berkata, bantuan itu
disampaikan kepada mereka yang terkesan di Tuaran, Tamparuli dan Kiulu.

“Kita
berterima kasih kepada ahli-ahli UPKO yang sudi menyalurkan derma ikhlas untuk
tujuan penyediaan pakej makanan ini.

“Selain
ahli UPKO, kita juga menerima sumbangan daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO),”
katanya.

Andrew
berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan di pejabat UPKO
Sulaman di sini.

Penyampaian pakej makanan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan disempurnakan Datuk Dr Jaina Sintian, isteri kepada Ahli Parlimen P170 Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Andrew berkata, Datuk Seri Madius tidak dapat hadir kerana kini berada di Kuala Lumpur menjalani kuarantin 14 hari bagi mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum bersidang di Parlimen Malaysia pada November depan.    

“Kepada
sesiapa yang ingin menyumbang bagi membantu mereka yang terkesan juga boleh
berhubung dengan saya.

“Beberapa siri sumbangan juga akan diadakan untuk membantu penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya. –http://beritasabah.com

Datuk Dr Jaina menyampaikan pakej makanan kepada salah seorang wakil penerima. Turut kelihatan Andrew (tepi kiri).





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *