UPKO PECAT ABIDIN


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Kinabalu (UPKO) memecat naib presiden parti itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir.

Keputusan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam selepas mendapati Abidin terlibat bersama bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman untuk cuba mengambil alih Kerajaan Sabah.

Terdahulu, Abidin antara sekumpulan Adun yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri.

Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pagi kelmarin.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *