UPKO AKAN MUKTAMAD CALON, KERUSI DITANDINGI DALAM MASA DUA MINGGU


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hanya akan mengumumkan siapa calon yang bakal mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas mesyuarat pimpinan parti.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata, segala keputusan dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang termasuklah soal kerusi yang akan ditandingi.

“Sebarang keputusan berhubung siapa calon dan mana kerusi ditandingi juga akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat selepas mengadakan mesyuarat pimpinan parti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat antara Warisan, Pakatan Harapan (PH) serta Upko di ibu pejabat Warisan, di Kolombong, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Madius akui beberapa pihak ada memintanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan.

“Memang ada permintaan bertanding dan saya akan mempertimbangkan, apapun ini bukan masa untuk mengumumkan tunggu dalam masa dua minggu nanti,” katanya.

Sementara itu, Madius berkata, secara prinsipnya Upko akan mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ia termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut yang sebelum ini dimenangi Masiung Banah.

Masiung pada PRU lalu memenangi kerusi berkenaan atas tiket Upko dan Barisan Nasional (BN) namun beliau bertindak keluar parti dan menyertai Warisan.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Masiung sekali lagi ‘melompat’ daripada Warisan untuk menyokong Musa Aman yang cuba mengambil alih kerajaan pimpinan Warisan tetapi usaha mereka gagal selepas DUN dibubarkan.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *