UMS KAJI KIT UJIAN COVID-19 BUATAN CHINA


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi kepercayaan untuk melaksanakan kajian terhadap ketepatan dan keberkesanan kit ujian Koronavirus (Covid-19) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di Wuhan China.

Kajian ini
merupakan kerjasama UMS-Dewan Perniagaan Sabah–China (SCCC) bagi membantu
menangani keadaan semasa pandemik Covid-19 di negeri ini.

Setiausaha Agung
SCCC, Ir. Tan Kok Jyh berkata, kerjasama itu juga sekali gus untuk menyuburkan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh memberi manfaat
kepada masyarakat.

“Kita prihatin
dengan keadaan yang melanda di Sabah. Sehubungan dengan itu kita dengan izin telah
mendapatkan kit ujian Covid-19 daripada sebuah syarikat di China untuk dikaji.

“Ia tidak sama
dengan kit yang digunakan untuk membuat saringan Covid-19 ketika ini.  

“UMS merupakan
universiti yang pertama kita berikan kerana kita tahu universiti yang menjadi
kebanggaan rakyat Sabah ini mempunyai kemampuan, kelengkapan dan kepakaran yang
mencukupi untuk tujuan ini,” katanya.

Tan berkata
demikian ketika ditemui pemberita selepas acara penyerahan kit ujian Covid-19
dari SCCC kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin di Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS di sini, hari ini.

Menurut Tan, usaha
yang dilakukan bersama UMS ini juga sebagai mengeratkan tali silaturahim antara
SCCC dengan UMS.

“Pada masa hadapan
mungkin kita juga boleh mengadakan kerjasama membantu dan meneruskan pelbagai
bidang R&D bagi membawa kemajuan di negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr
Taufiq turut merakamkan ucapan terima kasih kepada SCCC atas keprihatinan dan kepercayaan
terhadap UMS sebagai rakan kerjasama untuk penyelidikan kit ujian berkenaan.

“Ini merupakan
satu kerjasama yang amat baik dalam menghadapi keadaan pandemik Covid-19 di
Sabah yang cukup terkesan ketika ini. UMS sudah tentu berasa bangga dan terharu
kerana dipilih untuk menjalankan kajian.

“Kita harap
kerjasama ini akan berterusan dan akan membawa kepada kecemerlangan universiti sekali
gus menyumbang kepada masyarakat.

“Semoga lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan dengan SCCC pada masa akan datang,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *