TUJUH CEDERA BOT MELETUP


SEMPORNA: Dua kritikal, manakala lima lagi separa kritikal apabila sebuah bot meletup dalam kejadian berhampiran Jalan Kastam, di sini, semalam.

Mereka membabitkan pekerja sebuah pusat pelancongan dengan kejadian dipercayai berlaku ketika waktu siang.

Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa berada dalam bot dan sedang menjalankan kerja pemindahan minyak dari sebuah tangki minyak bot, sebelum berlaku letupan pada tangki.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata, ia menyebabkan semua mangsa terhumban ke laut dan melecur di beberapa anggota badan.

“Kami menerima panggilan pada jam 1.16 tengah hari selepas semua mangsa dihantar ke Hospital Semporna.

“Tiada kerja memadam dilakukan. Bot hanya rosak kecil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *