TIADA KAKITANGAN SEDCO POSITIF COVID-19


KOTA KINABALU: Keputusan ujian seorang kakitangan di Wisma SEDCO yang dikatakan positif Covid-19 semalam masih belum disahkan.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kakitangan itu sebenarnya masih menunggu hasil ujian swab yang dibuat di Hospital Queen Elizabeth.

“Bagaimana pun saya telah dimaklumkan oleh pegawai SEDCO bahawa kakitangan tersebut kurang sihat dan telah mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta sebelum
dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan lanjut sekali gus membuat ujian swab Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini di sini bagi mengulas notis penutupan Wisma SEDCO yang tular di media sosial sejak semalam.

Madius berkata, kekeliruan penyampaian maklumat dalaman menyebabkan notis yang dikeluarkan tidak menggambarkan situasi sebenar.

Katanya, penutupan itu sebenarnya untuk memberi laluan kepada proses sanitasi dan penyahkuman di bangunan tersebut.

“Walau bagaimana pun, saya dimaklumkan satu notis baharu telah dikeluarkan sebagai pembetulan terhadap notis yang terdahulu.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta bertenang dan tidak panik serta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Semoga juga keputusan ujian swab kakitangan ini adalah negatif,” kata Madius.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *