Tesis penanaman pokok Gaharu bawa tuah,  terima Anugerah Freezailah –


Oleh: Alysha Anne Yusdie

KOTA KINABALU: Alexander Irvin Joseph, 25, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kelestarian Hutan Freezailah atas kecemerlangan akademik dan tesis bertajuk “The Effect Of Different Innoculants on The Wood Properties and Agarwood Formation of Aquilaria Malaccensis (Karas) Branch Wood”.

Menurut Alexander, tajuk tesis itu diplih kerana ia dekat dengan pengalaman sendiri di kampung selain memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang manfaat penanaman pokok gaharu yang boleh membawa pulangan lumayan.

“Saya amat gembira dan tidak menyangka terpilih menerima anugerah ini memandangkan ramai rakan-rakan juga cemerlang dan hebat-hebat belaka.

“Namun saya bersyukur dan berterima kasih kerana telah terpilih sebagai penerima,” katanya.

Graduan program Teknologi dan Industri Kayu Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu turut meraih Purata Nilai Gred Kumulatif  (PNGK) 3.79 sekali gus tersenarai sebagai graduan kelas pertama.

Dengan penganugerahan tersebut, Alexander turut membawa pulang wang bernilai RM2,000.

Penyampaian anugerah disempurnakan Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-24 sambil disaksikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor dan Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti.

Untuk rekod, anugerah Anugerah Kelestarian Hutan Freezailah mula diberikan pada tahun 2016 bagi menghargai jasa Pengerusi Pengasas Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Dato’ Dr Freezailah Che Yeom yang telah berkhidmat selama 17 tahun.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *