Suspek sindiket Macau Scam, judi dalam talian direman


KUALA LUMPUR: Seorang suspek lelaki yang ditahan disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian direman selama tiga hari, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed (pix).

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata reman suspek bermula hari ini sehingga Khamis.

Hari ini, Bernama melaporkan seorang suspek yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditahan awal pagi tadi di sebuah hotel peranginan di luar Lembah Klang.

Terdahulu, pada 13 Okt lepas, SPRM mengesahkan seorang suspek sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan beberapa selebriti tanah air, melarikan diri ketika hendak ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Berikutan itu, pada 16 Okt lepas, polis mendedahkan butiran suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya lagi, suspek disyaki koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China. — Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *