Sultan Johor berangkat ke Mesyuarat Raja-raja Melayu


JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berangkat ke Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan diadakan di Istana Negara Kuala Lumpur, petang ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, beberapa keping gambar turut dimuat naik menunjukkan baginda berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk menaiki jet peribadi baginda ke Kuala Lumpur.

“Pada hari ini saya berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu. Doakan agar perjalanan saya mendapat restu daripada Allah SWT. Semoga sidang mesyuarat ini turut diberkati dan dirahmati Allah SWT demi kebaikan semua,“ titah baginda menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Satu pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara petang ini bagi membincangkan beberapa perkara yang dipersembahkan oleh kerajaan hasil mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lepas. — Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *