Sebuah tangki di loji penapis minyak di Port Dickson terbakar


SEREMBAN: Sebuah tangki di loji penapisan minyak di Port Dickson terbakar petang ini, dan difahamkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata 38 anggota dari balai Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2; termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 4.15 petang.

“Kebakaran ini melibatkan sebuah tangki minyak 10,000 liter dan kerja-kerja pemadaman masih sedang dilakukan,“ katanya. – Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *