Ramlan Ibrahim letak jawatan sebagai ahli SPR


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Ramlan Ibrahim (pix) sebagai ahli SPR berkuat kuasa semalam.

Menurut SPR, peletakan jawatan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramlan, 63, dilantik menjadi ahli SPR pada Februari 2019 dan beliau juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar. –Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *