Program Derma Darah di Jabatan Akauntan Negara Wisma Perindustrian Jumaat ini –


KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya masyarakat di sekitar kawasan Likas digalakkan hadir menderma darah Jumaat ini (2 Disember) bertempat di Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, Aras 7, Wisma Perindustrian, Likas bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen kali ini adalah anjuran Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia Zon Sabah dengan kerjasama Pendarah, Persatuan Thalassaemia Sabah, Komuniti Penderma Darah Malaysia (PerDarah) dan Jabatan Perubatan Transfusi Darah HQE II

“Kami mengharap agar orang ramai tampil untuk menderma darah bagi melaksanakan tanggungjawab kita bersama membantu masyarakat yang memerlukan.

“Pihak penganjur telah menyediakan goodies 60 kampit beras 5kg untuk penderma terawal,” kata Alix.

Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah tersebut boleh menghubungi Pengerusi Penganjur Jack Hazlyne Zim 0196924868.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *