Prof. Dr. Chong Khim Phin Pengarah Baru Confucius Institute, UMS –


KOTA KINABALU:– Profesor dari Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Chong Khim Phin dilantik sebagai Pengarah Confucius Institute (CI) UMS yang baru.

Chong yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai merupakan Timbalan Pengarah Strategik di Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah dalam Sains Tumbuhan, serta pernah menerima Anugerah Penyelidik Terbaik Malaysia pada tahun 2020.

Beliau menerima jawatan tersebut secara rasmi dalam satu majlis penyerahan nota serah tugas daripada mantan Pengarah CI@UMS, Prof. Dr. Low Kok On.

“Saya berikrar akan mempertingkatkan lagi pertukaran budaya antara China dan komuniti Sabah melalui CI@UMS dan kerjasama pendidikan antara China dan komuniti.

“CI@UMS juga akan terus menyediakan platform kepada masyarakat seluruh dunia untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina, selain berperanan sebagai perhubungan budaya Yayasan Pendidikan China Antarabangsa (CIEF) yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama pendidikan antara China dan dunia,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor atas kepercayaan kepada beliau untuk menggalas tanggung jawab tersebut.

CI@UMS yang ditubuhkan pada 12 Disember 2019 merupakan Institut Confucius yang pertama di Kepulauan Borneo, dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelbagai agensi di China termasuklah CIEF, Universiti Teknologi Changsha dan China Communications Construction Company Limited.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *