PN BELUM BERDAFTAR?


KOTA KINABALU: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia, Syed Badli Shah Syed Osman berkata semakan yang dilakukan dalam laman sesawang pendaftar pertubuhan (ROS) berkaitan status pendaftaran Perikatan Nasional (PN) dan mendapati tiada rekod ditemui.

Beliau berkata, setakat jam 2.22 pagi, 14 September, tiada rekod berkaitan PN berjaya dipaparkan.

“Semakan seterusnya ke atas nama ‘Perikatan Nasional’ atau ‘Prikatan Nasional’ turut tidak menemui sebarang rekod daftar. Melalui makluman media, kononnya permohonan untuk pendaftaran Parti Perikatan Nasional telah dihantar sebelum atau pada 20 Ogos.

“Justeru, saya menggesa Pendaftar Pertubuhan untuk memberikan pencerahan apakah status pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata jika benar Parti Perikatan Nasional masih gagal didaftarkan bermakna semua calon-calon yang masuk bertanding pada PRN Sabah kali ini atas lambang Perikatan Nasional haruslah dibatalkan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pendaftar pertubuhan untuk mendedahkan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional.-http://beritasabah.com



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *