PM JALANI KUARANTIN 14 HARI


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menjalani kuarantin selama 14 hari dikediamannya bermula petang ini selepas seorang pegawainya disahkan positif Covid-19.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, hari ini, menyatakan Muhyiddin telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

“Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” kata kenyataan itu.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *