Pelawat dibenar lawat penjara melalui kaedah tempahan


KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara kini membenarkan perjumpaan dan lawatan penjara melalui kaedah tempahan dengan garis panduan ketat bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan pelawat perlu membuat tempahan melalui sistem i-visit dengan melayari ivisit.prison.gov.my, secara panggilan telefon dan menghantar e-mel atau surat.

“Pihak institusi penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut pendaftaran terbuka (walk-in) dan pelawat berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan buat masa ini. -Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *