Pekerja peringkat pengurusan, pengawasan sektor awam, swasta di zon merah bekerja dari rumah mulai 22 Okt


KUALA LUMPUR: Pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di zon merah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Okt ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga memaklumkan bahawa hampir 800,000 pekerja sektor industri dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah akan terlibat dengan arahan ini. Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

“Ini merupakan arahan dan bukan lagi permintaan. Majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja ini untuk bekerja dari rumah,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

MITI akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan arahan ini dalam masa terdekat, katanya. — Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *