Pegawai bank ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank ditahan gara-gara menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ketika kenderaan yang dinaikinya diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Tropicana, Kota Damansara, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam penugasan SJR kira-kira pukul 11.30 malam itu, pihaknya menahan sebuah kenderaan e-hailing yang dinaiki oleh suspek berusia 39 tahun untuk pemeriksaan.“Semasa menjalankan pemeriksaan, suspek menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang bertugas serta tidak memberikan kerjasama.“Suspek juga bertindak agresif, dan ia memaksa polis melakukan tindakan kekerasan yang minima semasa melaksanakan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata suspek ditahan reman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas. -Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *