Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan


KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat terutamanya disebabkan tempoh Monsun Barat Daya.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low berkata cuaca lembap akan menyebabkan kerja-kerja menoreh getah tidak dapat dilakukan, sekali gus mendorong peningkatan harga yang lebih tinggi.

“Mengenai masa depan, kita akan menyaksikan harga yang lebih baik berikutan semakin banyak negara mula menamatkan perintah berkurung disebabkan oleh COVID-19.

“China masih merupakan pemangkin utama dan kita berharap republik ini akan memulakan semula industri mereka pada minggu-minggu berikutnya,” kata Low kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah kebanyakannya diniagakan bercampur-campur, menjejaki pasaran niaga hadapan serantau, prestasi harga minyak mentah dan data perdagangan serta kebimbangan gelombang kedua COVID-19.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk gred tayar SMR 20 meningkat 10.5 sen kepada 495.00 sen sekilogram, sementara susu getah pukal turun 5.0 sen kepada 479.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi SMR 20 naik 12 sen kepada 494 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 7.5 sen kepada 77.00 sen sekilogram. — Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *