PAS JUGA BERMINAT TANDING PRN SABAH


KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS), hari ini, turut menyatakan berminat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminiddin Aling, berkata parti itu telah mengenal pasti beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi.

“PAS Sabah sudah memuktamadkan beberapa kerusi pilihan dan selebihnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk berunding dengan rakan-rakan politik lain.

“Sebagai gambaran awal, PAS sentiasa menonjolkan calon-calon yang penuh karisma dan berintegriti serta pasti mampu menjalankan amanah kepimpinan secara adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *