Myvi ‘S-Edition’ jualan Perodua Brunei bukan varian rasmi Perodua


PADA 4 Julai, Perodua Brunei telah memperkenalkan varian Myvi 1.3L G versinya sendiri, dikenali sebagai “S-Edition”.

Varian tersebut dilengkapi kit badan yang dipertingkatkan dan diperolehi sendiri oleh pengedar sah Perodua, GHK Motors.

“Kami telahpun berhubung dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai varian ini dan untuk memastikan penambahan kepada varian ini menepati piawaian yang ditetapkan (oleh Perodua),” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, hari ini.

“Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motors, pengenalan Myvi ‘S-Edition’ tersebut adalah atas sebab usaha mereka untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran di sana.

“Kami memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S telah menimbulkan kekeliruan para pelanggan setia kami dan kami berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan perkara tersebut.”





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *