MPV Mitsubishi Xpander bakal dipasarkan di Malaysia?


Oleh AZLAN RAMLI

SETELAH bertahun-tahun mendengar hanya gosip, khabar angin dan ura-ura sahaja, akhirnya terlihatlah bukti yang sangat hampir mengesahkan ketibaan MPV tujuh tempat duduk, Mitsubishi “Xpander”, ke pasaran Malaysia.

Xpander warna gelap di dalam dua gambar yang tertera di atas dan bawah perenggan ini telah dipercayai diambil pada hari ini, di sebuah fasiliti Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), mungkin di Shah Alam, Selangor.

Beberapa kereta Mitsubishi model-model terbaru juga kelihatan di tempat tersebut.

Pihak kami masih belum menerima sebarang maklumbalas atau komen dari MMM, berkenaan foto-foto Xpander tersebut dan juga sama ada MPV ini akan dilancarkan di Malaysia atau tidak, dalam masa terdekat.

Di Thailand, Xpander sudah pun dipasarkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Mitsubishi Thailand menyediakan tiga varian/pilihan Xpander – GT, GLS-LTD dan yang baru sahaja dilancarkan, Cross. Ramain yang mengatakan varian Cross sebagai “MPV a la SUV”.

Xpander dikuasai oleh enjin petrol 1.5-liter, 16 injap, dua camshaft, dengan sistem Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control (lebih dikenali dengan singkatannya, iaitu “MIVEC”) yang terkini.

Ia menghasilkan 105 kuasa kuda pada 6,000 pusingan enjin seminit (rpm) dan daya kilas (atau tork) maksima, 141Nm pada 4,000rpm.

Ciri-ciri keselamatan termasuklah dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, kamera undur, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan sistem agihan brek elektronik (EBD) serta sistem bantuan brek (BA), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem isyarat henti kecemasan (ESSS), sistem kawalan kestabilan aktif (ASC), sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem bantuan mula naik bukit (HSS), lampu “coming home”, lampu “welcome” dan galang keselamatan tepi.

Ciri-ciri lain adalah rim aloi dwi-warna 16-inci, lampu posisi LED kristal, lampu belakang LED, sistem hiburan 2-DIN dengan skrin sesentuh 6.2-inci touchscreen, layar DVD, sistem audio MP3, sambungan smartphone Bluetooth dan perbualan “hands-free”.

Ada lagi! – Sistem kawalan iklim penumpang belakang, stereng pelbagai fungsi dengan kawalan jauh, suis arahan suara, tiga soket 12V (satu untuk setiap baris tempat duduk), tempat duduk yang boleh diubah-alih sebanyak empat cara dan banyak lagilahhh.

Nantikan ketibaannya…





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *