Mini Tamu Gadang meriahkan Majlis Konvokesyen UMS ke-24 –


Oleh: Slandy Anak Anis (Pelajar Komunikasi FSSK)

KOTA KINABALU: Mini Tamu Gadang kali ketiga tahun ini berlangsung meriah sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali ke-24.

Acara tahunan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UMS dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu diadakan di Tapak Letak Kenderaan, JHEP UMS selama lima hari bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam melibatkan 64 gerai.

Penyelaras Mini Tamu Gadang, Adzmil Abidin berkata, pelbagai aktiviti diadakan termasuklah persembahan dari setiap kolej kediaman, persembahan buskers, pertandingan cosplay, dan pertandingan gubahan bunga.

“Jumlah gerai dan pengunjung adalah lebih ramai berbanding Tamu Gadang pada dua Konvokesyen sebelum ini memandangkan ramai pelajar sudah berada di kampus dan situasi yang kini sudah berada pada era endemik.

“Selain meraikan para graduan, acara ini juga merapatkan silaturahim antara UMS dengan masyarakat sekitar melalui aktiviti yang dijalankan.

“Pada masa yang sama program ini memberi peluang kepada pelajar UMS meningkatkan kemahiran insaniah melalui penglibatan dalam penganjuran program,” tambahnya.

Untuk rekod, dua Mini Tamu Gadang sebelum ini diadakan pada bulan Mac dan Jun lalu sempena Majlis Konvokesyen bagi graduan tahun 2020 dan 2021 yang tertunda selepas dua tahun negara berdepan pandemik Covid-19.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *