MENUNGGU ISU PEWARTAAN SELESAI, PROJEK RM159 JUTA NAIK TARAF JALAN BERUNGIS BELUM DAPAT DILAKSANAKAN


KUALA LUMPUR: Projek Naik Taraf Jalan Berungis, Tuaran yang melibatkan peruntukan RM159 juta masih belum dapat dilaksanakan sehingga isu pewartaan selesai.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof
berkata, terdapat isu berkaitan
keperluan pewartaan Jalan Negeri kepada Jalan Persekutuan bagi Projek Naik
Taraf Jalan Berungis, Tuaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Kementerian ini telah mendapatkan pandangan Penasihat
Undang-Undang dan dalam proses penelitian lanjut sebelum pelaksanaan projek
dapat diteruskan bagi memastikan ia dapat berjalan lancar dan mengelakkan
sebarang isu berbangkit.

“Walau bagaimana pun, kementerian ini sentiasa komited melaksanakan setiap
projek yang telah diluluskan,” katanya.

Fadillah berkata demikian dalam satu jawapan bertulis
terhadap soalan lisan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)
pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam soalannya, Madius meminta Menteri Kerja Raya menyatakan
status perlaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Berungis, Tuaran yang melibatkan peruntukan
RM159 juta.

Untuk rekod, laluan Jalan Berungis Tuaran mengalami kesesakan kritikal setiap hari terutama pada waktu puncak sehingga pernah merekodkan kes ibu hamil terpaksa bersalin dalam kereta di atas jalan raya. -https://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *