Membuyuk dalam buat tuntutan, pengurus syarikat dan penjawat kena tahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki selepas didapati mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM336,000.

Menurut sumber tuntutan palsu yang dilakukan oleh kedua-dua lelaki berumur 46 tahun itu adalah membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan pada 2019.

Lelaki yang juga pengurus syarikat serta penjawat awam itu ditahan di Pejabat SPRM Sandakan semasa hadir membantu siasatan kira-kira jam 3 hingga 6 petang kelmarin.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan semalam bagi mendapatkan permohonan reman. 

Tambahnya, Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazal membenarkan tempoh tahanan reman selama enam hari bermula semalam sehingga 12 April depan. – Utusan Borneo





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *