MAKA BERKIBARKAN BENDERA UPKO


KOTA KINABALU: Buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bakal mengibarkan bendera mereka sendiri di kawasan yang akan ditandingi.

Dengan lambang Gunung Kinabalu yang menjadi ikonik buat negeri di bawah bayu ini, pastinya ia menjadi satu lagi sejarah buat parti yang baru dijenamakan semula itu.

Walaupun belum mengumumkan kawasan yang bakal ditandingi nanti, semangat parti itu dilihat berkobar-kobar dalam perjuangan mereka dan ini sebenarnya dapat dilihat dari sebelum pembubaran DUN diumumkan.

Perjuangan UPKO mungkin sedikit ‘tercemar’ berikutan tindakan beberapa wakil rakyat mereka yang melompat untuk memberi sokongan kepada kepada bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman.

Bagaimanapun, tindakan wakil rakyat yang berpaling tadah itu pastinya ada hikmah buat UPKO yang kini boleh mengetengahkan calon terbaik mereka untuk cuba memenangi hati rakyat serta berkhidmat kepada rakyat.

Selain itu, UPKO juga berpeluang untuk memilih calon mereka sendiri selepas pada PRU lalu, pemimpin dari parti lain didakwa turut ‘mengacau’ dalam soal pemilihan calon UPKO.

”Dalam PRU sebelum ini, sesetengah calon bukan pilihan kami disebabkan ada pemimpin parti lain yang masuk campur dalam pemilihan calon bertanding.

”Kali ini, kami lebih berpeluang untuk memilih calon pilihan kami dan peluang untuk bertanding menggunakan logo kami sendiri,” kata Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika ditemui, baru-baru ini.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *