MADIUS PILIHAN TEPAT UNTUK RAKYAT KIULU


KIULU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dianggap sebagai pilihan yang tepat menjadi wakil rakyat buat rakyat Kiulu.

Ini dapat dilihat dari segi track record beliau bukan sahaja sebagai Timbalan Ketua Menteri Negeri Sabah malah Menteri penuh di Persekutuan dan kabinet negeri.

Menurut Madius, keputusan beliau bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.15 Kiulu merupakan usaha bagi meneruskan kesinambungan kerajaan negeri.

“Contohnya, bila saya membawa kertas cadangan ke kabinet untuk melaksanakan pejabat daerah kecil Kiulu, ia telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang sekarang ini cuma tinggal lagi untuk dilaksanakan sahaja.

“Sekiranya kita diberi mandat oleh rakyat selepas pilihanraya negeri ini untuk kembali menjadi kerajaan negeri, kita akan merealisasikan pejabat daerah kecil Kiulu dan pelan strategik pembangunan kawasan Kiulu,” katanya di Program Penerangan Kempen bersama Jentera dan ahli-ahli UPKO di Dewan Serbaguna, Kampung Tombongon, Kiulu, di sini, Ahad.

Menurut Madius, kajian untuk pelan strategik pembangunan Kiulu telah siap dibuat oleh pihak Institute for Development Studies (IDS) Sabah. Kajian itu akan menjadi garis panduan bagi pejabat daerah kecil Kiulu untuk beroperasi kelak

Namun begitu Madius menyerahkan semuanya kepada rakyat bagi memilih wakil rakyat untuk Kiulu.

“Kedudukan saya adalah kehendak rakyat bukan lagi kehendak individu atau untuk kepentingan saya sendiri. Kita ini daripada rakyat untuk rakyat dan oleh rakyat. Ini adalah asas dan pertimbangan saya,“katanya.

Seramai 10,887 pengundi layak memilih pada Pilihanraya Negeri (PRN) di N.15 Kiulu.

SPR menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September ini.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *