MADIUS HANTAR DUA USUL BERKAITAN PENGURANGAN DAN PEMINDAHAN PERUNTUKAN APEC


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyerahkan dua pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau telah mencadangkan bahawa jumlah sebanyak RM582,338,300.00
untuk maksud B.24 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
dalam jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (D.R. 16/2020) hendaklah
dipotong sebanyak RM20,000,000.00 dengan syarat dikurangkan sebanyak
RM5,000,000 daripada peruntukan di bawah Kod Persidangan APEC 2020/Aktiviti No.
060100 dalam Butiran 060000 di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021
(Kertas Perintah 26 Tahun 2020).

“Dan usul yang kedua ialah untuk memindahkan peruntukan tersebut ke butiran
yang lain dalam kementerian yang sama.

“Persidangan APEC pada tahun ini, tahun 2020, telah diadakan secara “online”
dan tentunya tidak menggunakan peruntukan yang banyak walaupun Malaysia adalah pengerusi,”
katanya.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini hari, ini.

Beliau berkata, pada tahun 2021 pengerusi dan hos persidangan APEC ialah
New Zealand yang juga akan diadakan secara maya.

“Tuaran berpendapat bahawa persidangan yang diadakan secara online ini
tidak memerlukan peruntukan sebanyak RM25,000,000.00.

“Sebaliknya peruntukan sebanyak RM5 Juta adalah memadai dan baki sebanyak
RM20 Juta, saya cadangkan supaya dipindahkan ke butiran lain dalam kementerian
yang sama dibawah kod perbelanjaan Taman Teknologi Sabah.

“Dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan dalam perindustrian di Sabah peruntukan
sangat diperlukan untuk membina infrastruktur seperti jalan raya, sistem
perparitan, kemudahan pelabuhan, bekalan air dan connectivity,”
tegasnya.  

Sehubungan itu beliau memaklumkan penjimatan daripada penganjuran
persidangan APEC boleh disalurkan untuk tujuan ini di Taman-taman perindustrian
supaya Sabah bertambah menarik sebagai destinasi pelaburan.

“Usaha untuk menarik pelaburan dalam bidang perindustrian di Sabah
sangatlah kritikal memandangkan sumbangan industri terhadap GDP Sabah yang
sangat rendah iaitu hanya 7.2%,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *