Madius beri penghormatan terakhir kepada mendiang cikgu Mondohulu


Hidup ini begitu singkat untuk dijalani kawan-kawan. Kita tidak tau bila masanya kita pula yang akan pergi.

Itu adalah kata-kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ketika memuatnaik status di laman facebooknya selepas memberi penghormatan terakhir di Kampung Poturidong Kiulu, kemarin.

“Terus sebarkan kebaikan selagi ada kesempatan. Luangkanlah masa dengan orang-orang yang tersayang,” katanya.

Beliau memberi penghormatan terakhir itu kepada mendiang cikgu Mondohulu @ Edwin Bulong.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyifatkan pemergian itu sebagai suatu yang diratapi oleh kenalan, rakan-rakan dan ahli keluarga.

“Saya juga turut berdukacita. Kepada seluruh waris dan keluarga mendiang Mondohulu, saya ucapkan takziah,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang ringgit.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *