LELAKI DITEMUI MAUT TERGANTUNG DI JAMBATAN BESI KK


KINABALU: Seorang lelaki sekitar lingkungan umur 20-an ditemukan maut tergantung di jambatan paip besi berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Jalan Tunku Abdul Rahman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 9 pagi ketika beberapa anggota polis bertugas membersihkan balai dan membuat rondaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan tergantung menggunakan kain yang diikat pada paip besi.

“Difahamkan sebelum itu, lelaki terbabit dipercayai duduk sambil memegang kain berhampiran lokasi kejadian, bagaimanapun kes masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Habibi berkata pihaknya sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menurunkan mayat mangsa sebelum tindakan selanjutnya.

“Buat masa ini tiada unsur jenayah dikesan namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca mangsa menggantung diri mengikut klasifikasi Kes Mati Mengejut,” katanya.

Beliau juga menasihatkan masyarakat yang berhadapan masalah atau tekanan diri bertemu dengan mana-mana pihak untuk mendapatkan bantuan dan tidak mengambil keputusan menggantung diri.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *