KES DOKUMEN PALSU, SPRM SABAH MINTA SEORANG LELAKI TAMPIL BANTU SIASATAN


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes menggunakan dokumen palsu untuk mengeluarkan sijil kelahiran.

SPRM menerusi kenyataan hari ini memberitahu lelaki tersebut Joh Len Santi Apin, 34, mempunyai dua alamat terakhir iaitu Lot 2K 0-9 University Condo Apartment 2, Jalan Kampung Dambai, Menggatal di sini; dan Kampung Vinilai, Kudat.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 0128677087,” menurut kenyataan itu. – Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *