Kes baharu catat tiga angka, tiga kematian -KP Kesihatan


KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia kembali mencatat tiga angka pada 147 kes yang turut merangkumi 143 jangkitan tempatan selain merekodkan tiga kematian baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul wabak tersebut berjumlah 10,505 yang meragut 133 nyawa.

Katanya kes penularan tempatan melibatkan 115 rakyat Malaysia dan 28 warga asing, manakala kes import pula membabitkan tiga rakyat tempatan dan satu warga asing yang pulang dari India (3 kes) dan Indonesia (1 kes).

“Bagi kes penularan dalam negara, sebanyak 134 kes dikesan di Sabah; lima di Kedah; Selangor (2) dan masing-masing satu di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini. -Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *