KERAJAAN SABAH WARTA 150 LOT TANAH UNTUK TERNAKAN IKAN SANGKAR


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) telah mengenalpasti dan mewartakan 150 lot ikan sangkar untuk dimanfaatkan rakyat Sabah.

Penyandang Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong, berkata seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, Kerajaan Sabah akan menjelajah ke seluruh negeri bagi mengenalpasti mana-mana yang sesuai untuk dijadikan pusat ternakan ikan sangkar.

“Saya ada bersama Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) di Semporna pada Rabu untuk merasmikan Program Perintis Ternakan Ikan Sangkar.

“Seperti yang pernah diumum sebelum ini, Kerajaan Sabah pimpinan Warisan akan menjelajah ke seluruh Sabah bagi mengenal pasti tapa-tapak yang sesuai untuk kegunaan ternakan ikan sangkar.”

“Selepas mengenal pasti tapak-tapak berkenaan, Jabatan Tanah dan Ukur akan mewartakannya dan membahagikannya kepada beberapa lot.”

“Kami akan adakan 150 lot ikan sangkar dengan 12 sangkar setiap lot di Semporna, Kunak and Tuaran. Ianya percuma. Latihan dan kursus akan diberi untuk melahirkan generasi baharu penternak-penternak ikan sangkar yang berjaya,” katanya.

Junz berkata, antara kawasan yang telah dikenalpasti di Semporna ialah di Pulau Timbun Mata, Pulau Larapan, Pulau Silawa, Pulau Kalaupan.

Di Kunak pula membabitkan kawasan Pulau Madai, Pulau Pangi, Pulau Bohayan manakala di Tuaran, tapak yang dikenalpasti ialah di Sungai Mengkabong, Sungai Trayong dan Sungai Sulaman.

Junz yang juga merupakan naib presiden Warisan berkata, ini antara inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan Warisan dan sekutunya.

“Di era BN, mimpilah kalau nak dapat TOL.

“Tetapi di zaman Warisan, keadaan sudah berubah, bukan saja kerajaan mengenal pasti tapak, malah kami juga mewartakan tapak-tapak berkenaan sebagai Zon Industri Akuakultur sebelum membahagi-bahagikannya kepada lot-lot untuk penyertaan anak-anak Sabah.

“Kerajaan akan sediakan beberapa tempat untuk anak-anak muda dan belia sekali. Inilah beza kerajaan terdahulu dengan kerajaan sekarang.,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *