Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM18.24 juta untuk pegurusan bencana Sabah


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan lebih RM18.24 juta kepada Sabah bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar, kiri)berkata peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000) dan pengurusan operasi Covid-19 di Sabah iaitu sebanyak RM16 juta.

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam. Saya turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menyampaikan cek contoh peruntukan berkenaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mendengar taklimat mengenai pembangunan Sabah yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan menteri-menteri Kabinet negeri.- Bernama



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *