Kerajaan jangka umum pelan induk ekonomi digital pada Oktober


KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka mengumumkan Pelan Induk Ekonomi Digital pada Oktober depan sebagai satu inisiatif mengembangkan semua sektor termasuk bukan pembuatan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (pix).

Beliau berkata pada tahun lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memperkenalkan dasar Industry4WRD, tetapi ia hanya melibatkan sektor pembuatan.

“MITI telah membuat keputusan untuk mengembangkan dasar tersebut kepada bidang bukan pembuatan.

“Jadi, kerajaan telah hampir habiskan kajian mengenai Revolusi Industri 4.0 ini, dan ia akan dicantumkan dengan ekonomi digital,” katanya selepas melancarkan majlis Program “Menjana Ekonomi Digital @ Pasarman.com” di sini, hari ini.

Mustapa berkata dengan adanya pelan tersebut, sudah pastinya sektor lain akan dapat diperkembangkan dengan lebih pesat lagi. –Bernama





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *