Kekurangan diri bukan penghalang graduan OKU genggam ijazah –


Oleh: Alysha Anne Yusdie

KOTA KINABALU: Tidak semua orang dilahirkan sempurna, namun ketidaksempurnaan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk seseorang itu berjaya menggenggam segulung ijazah.

Masalah pendengaran bukan penghalang Sharine Gabriel Junil, 24 yang berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Teknologi Multimedia) dari Fakulti Komputeran dan Informatik pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-24.

Anak kelahiran Tamparuli, Sabah ini mengakui agar sukar untuk belajar semasa dalam kelas kerana tidak dapat mendengar dengan jelas, namun untuk mengatasi cabaran itu beliau sering bertanya kepada pensyarah dan rakan sekelas.

“Saya hampir berhenti belajar pada tahun ketiga kerana ia terlalu berat untuk saya, namun atas sokongan ibu bapa dan pensyarah mereka memberi semangat kepada saya untuk meneruskan pengajian sehinggalah berjaya menamatkan pengajian,” katanya.

Menurut Sharine lagi, beliau ingin menjadi insiprasi kepada orang lain terutama kepada mereka yang mempunyai kekurangan diri kerana ia bukan alasan untuk putus asa dalam apa jua hal yang dihadapi.

“Teruskan perjalanan dan terus mencuba kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” ujar beliau.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *