Graduan UMS peraga busana etnik Dusun bagi memartabatkan warisan budaya dan tradisi –


Oleh: Alysha Anne Yusdie

KOTA KINABALU: Menerima segulung ijazah merupakan hari yang menggembirakan buat para graduan, namun ia pasti menjadi kenangan manis jika hadir dengan memakai pakaian tradisi etnik sendiri.

Demikianlah yang menjadi aspirasi bagi Elvera Marius, 23, yang hadir ke Majlis Konvoksyen UMS dengan memakai busana Etnik Dusun Bundu.

Beliau yang berasal dari Keningau ditemani ibu bapa yang turut lengkap memakai busana etnik yang sama.

“Walau bagaimanapu pakaian tradisi ini telah diubahsuai sedikit iaitu daripada tidak berlengan kepada baju berlengan untuk mematuhi protokol dan etika pemakaian pada majlis konvokesyen.

“Ibu saya memakai busana yang telah dimodenkan menjadi gaun dan mempunyai corak yang unik dan cantik dimana ia adalah hasil tangan sendiri,” jelasnya.

Graduan dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) itu turut memaklumkan pilihan pemakaian pakaian tradisi bertujuan untuk membawa identiti etnik Dusun dikenali dan sentiasa diingati sehingga ke generasi akan datang.

“Saya suka dengan tradisi saya dan bangga membesar sebagai anak Dusun.

“Saya mahu tunjukkan baju tradisi kepada orang ramai terutama yang bukan berasal dari Sabah sekali gus menginginkan agar identiti kaum Dusun ini sentiasa diingati orang lain,” ujarnya lagi.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *