GEORGINA MAHU REALISASI IMPIAN MENDIANG SIRINGAN JIKA DIBERI MANDAT


RANAU: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) di DUN Paginatan, di sini, Georgina George berhasrat untuk merealisasikan impian bekas Adun di kawasan itu untuk mewujudkan satu pekan kecil di Kampung Paginatan sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada 26 Sept ini.

Beliau berkata, wakil rakyat dimaksudkan ialah mendiang Datuk Siringan Gubat juga dari UPKO yang telah menjadi Adun di kawasan itu dari 2008 hingga 2013.

“Saya mahu realisasikan impian mendiang Siringan yang mahu wujudkan pekan kecil di Kampung Paginatan jika rakyat di Paginatan memberi mandat kepada saya.

“Jika pekan kecil diwujudkan di Kampung Paginatan, ia membolehkan penduduk di situ menikmatik kemudahan kerajaan dengan adanya sub pejabat kerajaan.

“Selain itu, lain-lain kemudahan juga boleh dibuka di pekan kecil itu seperti perbankan dan juga kemudahan kerajaan terutama dari segi kesihatan dan keselamatan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, Georgina berkata, isu atau masalah utama yang dihadapi penduduk di Paginatan ialah infrastruktur asas seperti jalan raya dan bekalan air bersih.

“Saya mempunyai perancangan di DUN Paginatan untuk meneruskan pembangunan infrastruktur terutama di kawasan-kawasan yang masih belum menikmati jalan perhubungan dan bekalan air bersih.

“Selain itu, saya mahu memperkasakan belia dan kaum wanita menerusi program-program kemahiran bagi membolehkan mereka meningkatkan lagi pendapatan.

“Satu lagi isu utama di Paginatan ialah capaian internet dan saya harap akan dapat mengatasi isu ini kerana ia satu keperluan yang penting pada zaman ini,” katanya.

Pada PRN ini, Georgina adalah satu-satunya calon wanita yang akan bertanding di DUN Paginatan.

Beliau berdepan pertandingan sembilan penjuru termasuk penyandang kerusi itu yang kini calon STAR, Datuk Abidin Madingkir.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *