GEM UPKO AKAN TERUS MELANGKAH


PENAMPANG: Tindakan bekas ketua Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Alex Walzico Robert yang meninggalkan parti itu tidak mematahkan semangat pergerakan itu untuk terus melangkah ke hadapan bagi meneruskan perjuangan mereka.

”Datang dan pergi seorang pemimpin sudah menjadi norma bagi mana-mana badan politik, kita menghormati keputusan dan pilihan mereka.

”Apa yang penting ialah kita terus melangkah ke hadapan bagi meneruskan perjuangan ini,” kata Affi Bazli Liman yang kini memangku jawatan Ketua GEM UPKO.

Beliau berkata demikian ketika selepas mengadakan mesyuarat GEM UPKO pusat, di ibu pejabat UPKO, di sini, baru-baru ini.

Affi turut menyeru semua exco pergerakan itu supaya sama-sama memantapkan lagi GEM UPKO sama ada di peringkat pusat ataupun di bahagian.

“Kita juga perlu mengamalkan institusi kekeluargaan di kalangan exco bagi memastikan kita dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain.

”Kita mesti teruskan perjuangan ini walauapapun keadaan seperti saranan mantan presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok ‘I want this party outlive me”…Terus progresif,” katanya.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *