Gaduh di pusat beli-belah Miri, 6 lelaki ditahan –


PETALING JAYA: Enam individu ditahan bagi membantu siasatan pergaduhan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Miri, Sarawak yang tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Anak Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 11 pagi semalam.

Susulan itu, katanya, enam lelaki tempatan berusia 19 hingga 34 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Ramping Jimbai di talian 085-433222.

Klip video yang tular di Facebook menunjukkan beberapa individu bergaduh di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Miri, dengan seorang daripada individu itu dirakam memecahkan cermin sebuah kenderaan menggunakan senjata.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *