Empat penagih dadah kena tahan di Kudat


Empat penagih berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi yang dijalankan di Kampung Lajong, di sini, kelmarin.

Semua yang ditahan membabitkan lelaki berusia lingkungan 31 hingga 35 tahun hasil daripada dua pemeriksaan berasingan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, Asisten Superintendan Rizauddin Selamat berkata, pemeriksaan pertama membabitkan tiga lelaki dan dua kenderaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga paket plastik mengandungi ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu.

“Seorang lagi suspek pula ditahan dalam satu pemeriksaan berasingan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama.

“Hasil pemeriksaan berjaya menemui satu paket plastik lutsinar dipercayai berisi dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Rizauddin berkata, semua suspek kemudiannya dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk barang-barang peribadi milik suspek dianggarkan bernilai sebanyak RM52,340 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Asia Times





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *