DUA BERADIK TERKEJUT JUMPA MAYAT BAPA DALAM PERAHU DI TAWAU


TAWAU: Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.

Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang semalam untuk memukat di kawasan laut berdekatan namun beranggapan bapanya itu pergi memancing lagi walaupun tidak pulang sehingga tengah malam tadi.

“Sehingga jam 11 pagi tadi, saya dan adik keluar mencari dan menemukan perahu bapa di sini kira-kira 12 tengah hari tadi. Didapati bapa terbaring tidak sedar di dalam perahunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amirkhan turut meminta pertolongan daripada bot peronda Pasukan Polis Marin (PPM) yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Bapa tidak mempunyai penyakit kronik selain hanya mengalami sakit kaki biasa sahaja dan mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja nelayan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau DSP Mohd Nazari Ismail berkata Bilik Gerakan PPM menerima panggilan daripada anggota Bot RH59 berhubung kejadian itu.

“Anak mangsa meminta bantuan daripada anggota bot RH59 yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum bot PGR 3 diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengiringi bot mangsa ke Pangkalan PPM Tawau.

“PPM juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Jabatan Kesihatan mengenai penemuan jenazah berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Jenazah tiba di Pangkalan PPM Tawau pada 1.50 petang dan petugas kesihatan membawa mayat itu ke Hospital Besar Tawau untuk tindakan lanjut.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *