CALON KM SABAH, SAYA BOLEH KATA BUNG


KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mohktar Radin berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti itu layak dicalonkan sebagai ketua menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.

“Banyak calon, saya boleh, timbalan saya (Yakub Khan) boleh, Datuk Rahman (Dahlan) boleh, Datuk Hasnol (Ayub) boleh…banyak, kalau boleh jadi ketua menteri 10 orang, semua boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Sabah di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Bung turut mengesahkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau turut berkata soal pengagihan kerusi dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu ini selepas perbincangan dengan rakan-rakan parti yang lain.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *