Budak 10 tahun dan seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam insiden bot terbalik di Sungai Padas


Dua individu dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik sebelum karam di Sungai Padas berhampiran Kampung Kalandos Pangi di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata kejadian awal berlaku semasa empat penduduk selesai membeli barangan keperluan di Pekan Tenom sebelum balik menyeberangi Sungai Padas menaiki bot.

“Semasa menghampiri tebing, bot dinaiki mereka bagaimanapun terbalik secara tiba-tiba disebabkan arus sungai yang deras.

“Dua daripada mangsa iaitu warga emas dan wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri dan dua lagi mangsa masing-masing lelaki berumur 50 tahun serta seorang kanak-kanak berumur 10 tahun dibawa arus deras,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba terpaksa menaiki kereta api untuk ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

Katanya sebarang maklumat serta perkembangan kejadian akan dikemaskini dari semasa ke semasa. – Utusan Borneo





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *