BOLEH RENTAS SEMPADAN, TIADA LAGI SEKATAN JALAN RAYA


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Kerajaan juga katanya bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing, mulai Isnin ini. 

“Polis juga tidak lagi akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai 7 Dis, tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard),” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di sini hari ini. 

Katanya justeru kerajaan amat berharap agar rakyat menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan. -BERNAMA





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *