BENGKEL KEUSAHAWANAN BERNILAI RM120,000 AKAN DIBINA DI TAGINAMBUR


KOTA BELUD: Pembinaan fasa pertama dua Bengkel Keusahawanan Desa (BKD) bernilai RM120,000 di Pekan Taginambur di sini, dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan dimulakan dalam masa terdekat.

Kerja-kerja penyediaan dan meratakan tapak kawasan seluas 40 x 80 meter itu telahpun siap pada tahun lalu.

Pembangunan Pusat Keusahawanan Desa ini adalah antara inisiatif Datuk Ewon Benedick dan terkandung dalam buku Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020-2035.

Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah itu berkata, apabila bangunan itu siap kelak, ia akan menempatkan usahawan Kadamaian yang mengusahakan beras organik dan kraftangan beridentitikan Kota Belud.

“Pembinaan bangunan keusahawanan untuk fasa seterusnya di kawasan Pekan Taginambur akan diteruskan selepas bangunan itu siap.

“Saya percaya pengwujudan pusat keusahawanan desa ini akan merancakkan lagi ekonomi di Kadamaian seterusnya meningkatkan sumber pendapatan penduduk setempat,” kata Ewon.

Selain itu, bengkel keusahawanan desa yang telahpun siap di kawasan Kadamaian pada tahun 2018 hingga 2020 di bawah peruntukan KPLB Sabah ialah Bangunan Keusahawanan Desa (Madu Kelulut) Kg.Pinolobuh, BKD Kg Sayap dan BKD (Jahitan Pakaian Tradisional) Kg.Kelawat.

Sementara itu Setiausaha Tetap KPLB Sabah Fredian Gan berkata, pembinaan bangunan keusahawanan desa akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Pada hari ini, kita menyerahkan waran peruntukan membina bangunan keusahawanan desa di Pekan Taginambur kepada Pegawai Daerah Kota Belud Hajah Diyannah Abdullah,” katanya.

Turut serta dalam penyerahan waran peruntukan dan lawatan tapak di Pekan Taginambur Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keusahawanan Industri Desa (KID) KPLB Sabah Cornelia Gregory Han, Setiausaha Rendah Sosio Ekonomi KPLB Sabah Norsafi Hj Dukah, Ketua Daerah Peter Jiton, Ketua Anak Negeri (KAN) Simbih Gilingan, KAN Jaintin Molondoi, KAN Lajimin Luntab serta pegawai-pegawai kanan KPLB Sabah dan Pejabat Daerah Kota Belud.-http://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *