BANTUAN KASIH SEMASA PKPB UNTUK PELAJAR MISKIN


SANDAKAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Cecilia Sandakan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengambil inisiatif membantu para pelajar yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, kelmarin.

Yang DiPertua PIBG, Dr Peter Jr Naintin berkata,  inisiatif yang dinamakan program Bantuan Kasih
menyaksikan seramai 57 pelajar miskin menerima bantuan berupa makanan, kredit telefon
dan alat tulis daripada PIBG berdasarkan maklumat yang disediakan pihak
sekolah.

“Terdapat lebih 900 pelajar di sekolah ini yang terpaksa menjalankan
pembelajaran secara atas talian semasa PKPB di Sandakan.

“Cabaran yang dihadapi bukan sahaja melibatkan proses untuk mengadaptasi kaedah
pembelajaran norma baharu, tetapi ia juga merangkumi liputan talian telefon yang
terhad, dan ketidakmampuan para pelajar untuk mempunyai alat peranti dan data
telco.

“Pada hari Jumaat ini, pihak PIBG akan menyalurkan Bantuan Kasih selebihnya
kepada 35 pelajar miskin yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 sehingga 4,”
katanya.

Turut hadir Pengetua Sekolah SMK Konven St Cecilia Sandakan, Chung Su Kiong
dan Penolong Kanan, Puan Chong.

Pada majlis ringkas itu, Dr Peter Jr turut memberikan sedikit motivasi diri dan semangat kepada 22 pelajar tingkatan 5 untuk kekal fokus meneruskan pembelajaran mereka secara norma baharu semasa PKPB. – https://beritasabah.com





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *