Bangunan kedai sana Pekan Kimanis ranap dipukul angin kencang


Lima buah bangunan kedai lama roboh akibat angin kencang dalam kejadian di Pekan Kimanis, awal pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis PPgB Mohd Johainin Ruslan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.51 pagi.

“Pasukan dari BBP Kimanis dengan keanggotaan seramai tujuh orang bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati lima buah bangunan kedai lama anggaran keluasan 100×60 kaki persegi roboh berpunca daripada angin kencang yang berlaku sekitar waktu subuh,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, pasukan bomba membuat pembersihan dan juga menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan memastikan tiada kemerbahayaan lain berlaku.

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.33 pagi. – sabah360 Online





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *